teman




Apabila kau ingin berteman..
janganlah pandang pada kelebihannya
kerana mungkin dengan satu kekurangan,
kau akan menjauhinya..


Andai kau ingin berteman..
janganlah pula dinilai kebaikannya
kerana mungkin dengan satu kelemahan,
kau akan membencinya..


Andai kau ingin berteman ..
janganlah diuji akan ilmunya
kerana apabila dia buntu,
kau akan menyisihkannya..


Andai kau ingin berteman..
terimalah dia seadanya
kerana dia hanya seorang teman yang hanya manusia
biasa..seperti mu jua..


Jalinkanlah hubungan kerana Allah..
moga hubungan yang dibina senantiasa diberkatinya..


manusia berubah PART 2


Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan paggilan Amy search manusia seterusnya menjadi perbualan aku (perghh perghh).


Alhamdulillah setelah balik dari umrah, Amy Search berubah dengan agak drastik. Beliau kini lebih cenderung kepada usaha-usaha kebajikan dan membantu orang yang memerlukan. Rezeki beliau juga semakin bertambah kerana Amy Search baru mendapat hadiah sebuah rumah bernilai RM2.5 juta di kawasan perumahan elit sempena harijadi beliau yang ke 50.

Walaubagaimana pun, Amy enggan memberitahu siapakah gerangannya yang menghadiahkan rumah mewah itu kepadanya

Amy Search juga akan melancarkan sebuah yayasan , bernama Yayasan Isabella yang diusahakan Amy membantu golongan miskin.

Selain itu, Amy Search juga mempunyai impian yang mulia iaitu ingin membina sebuah Madarasah yang di beri nama Madrasah Hajah Fatimah Abdul Rahman (nama yang dipilih sempena nama ibu dan bapanya) di Pekan Nanas, Johor. Ia dicadangkan dibangunkan pada tahun depan.

Madrasah itu katanya, diharap dapat menampung pengajian 60 anak yatim - 30 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan. Projek itu dikatakan menelan belanja sekitar RM3 juta.


Selama 25 tahun bergelar anak seni, saya berasakan saya belum benar-benar memberikan sesuatu kembali kepada masyarakat. Jadi, madrasah inilah pemberian yang boleh dikatakan hadiah sebenar saya buat mereka

(sumber)



jika kau seorang guru, terima kasih


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca


Usman Awang


p/s : Alhamdulillah jadi orang

setahun lebih. alhamdulillah~


aku rasa lesen aku dah kuning dalam dompet ni. yelah sejak dapat lesen tak penah nak kena cek. tapi aku tak tau apa malang aku hari ni siap lupa tampal 'P'. pada aku manusia dengan manusia patut ada timbang rasa. lagi lagi kalau benda simple macam ni.

lepas aku usul kan sebab sebab yang tak munasabah pasal sticker tu, dia tetap seperti tidak mahu melepaskan aku.

'sticker ade dalam dashboard', ayat terakhir aku sebelum mampu meloloskan diri.

sebelum berlalu pergi, aku sempat drift sikit bagi tayar bunyi, HAHA.PUAS




kereta aku parking tepi ketika aku di tahan. baru basuh.


*******************************************************************




Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan Al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad

manusia berubah PART 1



Sumber  Muzlina Abu Bakar edisi malas nak menaip :

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.
Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.
Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.
Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.
Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.
“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.
“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.
Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.
Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.
Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:
“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.
“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.
“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.
“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.
Zaman kanak-kanak
Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.
Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.
“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.
“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.
“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.
“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.
“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.
Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.
“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.
“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.
“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.
“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.
“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.
“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.
“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.
Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.
“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.
“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.
Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.
Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.
“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.
“Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.
p/s : kita bila lagi?

Kerja Kosong Cuti Semester



sila klik link dibawah :

kerja sambilan cuti semester

p/s : niat ada tapi tak bertindak memang merugikan.



Tayar Bocor


pomen bising pasal moto aku spanar tak de size. HAHA



Petang tadi aku pergi kedai moto nak tukar tiub, motor aku bocor lagi. Suhu petang ini aku rasa seperti biasa, panas membara.


"bang, tukar tiub depan" sapa aku sambil menarik stand tengah.


memang aku tengok brader ni da berkuah semacam, kesian pun ada aku tengok. aku pun rasa tak tahan panas ni.


"panas betol sekarang ni", aku sibuk bersuara lagi.


"baru panas dunia", brader tadi menyahut.


jawapan biasa dan aku dah agak dia jawab macam tu.

"lu balik lu bukak Surah AtTakwir ayat 6 & Surah Al Infithar ayat 3", pesan dia masa aku hulur duit harga tiub.

p/s : kiamat sudah dekat.

Beruang Kutub Dan Pemanasan Global



Pengelasan saintifik

Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Subfilum:Vertebrat
Kelas:Mamalia
Order:Karnivor
Famili:[[]]
Genus:Ursus
Spesies:U. maritimus


Haiwan ini dikatakan terpaksa berenang selama 9 hari tanpa henti untuk mengharungi lautan seluas 687km untuk memburu makanan iaitu hanjing laut. Satu sebab bear ini perlu berenang sejauh itu iaitu pemanasan global. ais mencair dan beruang ini perlu memecahkan rekod peribadinya untuk mendapatkan makanan.


manusia punya kerja, beruang kutub terpaksa menanggung sama.


p/s : aku sibuk menanam pokok tepi rumah walaupun tak pasti ada effect ke tak dekat suhu bumi.




memandu


normal la bagi setiap pemandu yang tak tau secara langsung atau dia tak biasa dengan jalan yang dia lalu, dia akan sesat dengan bahasa mudah dia akan bertemu dengan jalan yang salah dulu sebelum dia jumpa destinasi yang dia tuju. secara realiti nya, aku pon kerap kali lalu jalan yang salah. kadang masuk 'kandang kambing' tak pon masuk 'pusat ternakan ayam berhawa dingin'. kadang kadang tu memang aku sendiri pon tak sedar yang aku dah masuk jalan yang salah sebab aku ni seorang manusia yang memang sangat tinggi keegoannya. sampai kan tu kadang kala aku tak sedar yang dunia ni hanya sementara. mungkin itu keadaan biasa bagi seorang yang tersesat, 'blur' dan 'bengong' atau seumpama nya.

          kenapa perlu begitu? sedangkan pada suatu ketika, kita pernah berada di pemanduan yang betul. aku pon tak tau lah. apa yang aku baru sedar bila dah salah jalan tu kembali lah ke permulaan jalan. Back To Basic orang jawa cakap. once bila kita dah 'on the right track', memang akan menyesal. tapi tak pe jadikan kesesatan itu pengajaran. pengajaran dalam pemanduan aku rasa penting. sebab bila dah rasa susah nya, aku tak nak berada dalam keadaan itu lagi.


                                gambar ihsan dari Google







P/S kalau tak tau jalan jangan lupa bawak peta. dan semoga tak tersesat lama lama..KAH KAH

Sofea Jane Kord


D                                  G           A         D
     Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
D

Yang tak bisa disentuh
G                    A                          Bm

Namun hanya boleh dipandang
Bb             A

Ingin sekali ku sentuh
G            A

Ingin jua ku memiliki



D                                   G        A          D
    Kau selalu membuat hatiku merasa berat
D                     G
Dan kau yang selalu ada
A                 Bm     Bb
Saat semua pergi
          A                    G
Bagaimana mungkin
                 A
Untuk kau mengerti



G       D            A
     Kini telah ku sedari

G         D           A
     Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus



                     D
Andai kau tahu

                         F#
Apa yang ku mahu

                     B7                         B
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku

                      Em                         G
Dan aku tak bisa memaksa dirimu

                          D
Walau dalam tidur

                          A                           D
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

D                                   G        A          D
    Kau selalu membuat hatiku merasa berat

D                     G
Dan kau yang selalu ada

A                 Bm     Bb
Saat semua pergi

          A                    G
Bagaimana mungkin

                 A
Untuk kau mengerti


G       D            A
     Kini telah ku sedari
G         D           A
     Mimpiku tak bererti sendiri

ulang chorus 2x




_________________________________________________________________


kenapa aku post lagu ni beserta kord dia sekali sebab aku search kat 'Google' ada tapi tak banyak. so, aku dengan baik hati menge post kord ini untuk petikan semua. KAH KAH!


memang first time denga lagu ni aku suka walaupun aku tak suka lagu macam ni. tak tau kenapa mungkin hati aku semakin lembut. HAHA.


Dari Black Mentor, kord ikut sedap aku (tak suka tak payah main) dan untuk semua. TERIMA KASIH!

antara aku dan en. hosni


entah.aku pon tak paham. kadang-kadang ada je benda yang aku buat nak tunjuk tunjuk kat orang. confirm la da jadi tak ikhlas. lebih lagi bila benda tu ibadah, kompem lah munafik. mintak di jauhkan dari diri aku. nak kata baik ada je dosa yang aku buat tiap hari lebih lagi dunia sekarang ni.

kali ni aku memang betul betul terpaku dan terbeku dengan lontaran satu persoalan yang aku rasa agak RARe! oleh seorang budak kecil kepada aku.

"kalau diri sendiri tak betul, bole ke kita nak tegur kesalahan orang lain?"

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


 budak kecil itu yang sempat aku snap ketika dia membidas aku

aku tak tau kenapa acap kali berjumpa dengan makhluk menyerupai 'shrek'. memang die budak kecil tapi bila di fikirkan balik antara aku dengan dia tak ada beza sebab dia sama sama manusia (walaupun muka dia macam shrek). manusia yang di lahirkan kat muka bumi ini sebagai khalifah. persoalan tu buat aku tersedar sejauh mana kah tegak nya laluan kita di satu landasan yang memang betul betul tegak.

berbalik kepada tajuk aku kat atas; 'antara aku dan en. hosni'. memang aku kenal en. hosni tu sapa. tapi satu masalah dia yang tak kenal aku. beza aku dengan en hosni, aku rasa antara umur dan nama. tak semestinya perbezaan tu bila dia jumpa aku tepi jalan dia bole pijak aku. sebab aku dan dia sama sama manusia aku rasa. tak tau lah kalau dia tu syaitan bertopeng manusia.

fikir fikirkan dan selamat beramal KAH KAH KAH

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


                             'teh tarik onei', ujar en hosni

aku dan makhluk hijau


sedang aku menunggang moto ke kedai Sorlinaz di hadapan kediaman untuk membeli 'manchester', aku di sapa dengan suara yang agak aku kenali.

"hoi wan!!!"

aku serta merta toleh ke belakang dan jangkaan aku tepat. suara Zainurain (bukan nama sebenar) yang menjerit ke arah aku tadi. suaranya yang sedikit macam Ramli Ms buat aku cam suara dia. muka dia pulak tak tau aku nak explain macam mana. dia berkulit hijau.


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
gambar zainurain(bukan nama sebenar) yang sempat aku snap


bila aku amati muka zainurain ni ada sikit muka Shrek. aku ingat Rooney je yang muka macam Shrek. no wonder lah dia pon MU die hard fan (lah sangat).

berbalik kepada cerita diatas, aku menyahut sapaan zainurain tadi,

"apahal Shrek?"

"jom pegi kampus pasang poster", jawabnye dengan memikul beberapa naskhah helaian poster.

baru aku sedar sekarang sedang berlangsungnya Pilihanraya Kampus. rupa rupanya poster poster yang bergantungan semuanya usaha berkempen calon pemimpin untuk sesi kali ini. aku ingat iklan along yang biasa tertampal di kawasan umum atau iklan 'ubat kuat'. tiba tiba aku ter excited pulak dengan bahang PRK ni.

Apa itu politik? aku pon tak amek pot sangat. yang aku tau, di mana ada organisasi mesti ada kepimpinan dan setiap kepimpinan mesti ada politik. bila cerita pasal politik terlalu sensitif untuk di rungkai kan. banyak benda yang boleh di cerita dari politik dan kepimpinan. cerita situ kena banned. cerita sini kena kecam. boikot sana dan sini. (kadang kadang kot ke perasaan aku je)HAHA!

kenapa perlu macam tu? aku pun tak tau perlu ke tak perlu. yang aku pernah tau jika berbalik kepada definisi kepimpinan itu sendiri merupakan suatu jawatan atau kedudukan dalam kepimpinan yang menjalankan tugas dan amanah untuk mentadbir dan mengendalikan urusan dunia sesuai dengan syariat Allah. matlamat kepimpinan sudah di jelaskan dalam Al Quran antara nya untuk pengabdian/perhambaan kepada Allah juga di perjelaskan dalam Surah Az-zariyat ayat 56. perlu ke tak perlu? aku pun tepuk dada.


aku menyambung perbualan aku dengan zainurain tadi. 


"aku nak balik rumah kejap nak tolong mak aku parut kelapa".


lantas aku teruskan tujuan aku dengan gembira.

Kawan Dan Gunung


sedang aku makan goreng pisang sambil surya di tangan kiri, aku mendapat satu panggilan lantas aku mencapai Hp aku. Jelas tertera nama ' KMJ Zai ' terpampang dan aku mengangkat panggilan tu tanpa ragu ragu.

"haa gemok. ko nak ape celaka aku tengah makan ni lah anat ! ", jawab aku dgn tenang

"err sori wan. kacau ko. err aku ada hal sikit ni nak cakap dengan ko..." zai menjawab dengan suara nada terketar ketar. aku agak dia sikit takut bila aku tengking dia tadi. mungkin gak dia teringat masa aku cucuh perut dia dengan bara dulu pasal tak dengar cakap aku.

"apehal!?", aku turunkan nada sedikit

"tak de taiko, budak budak ajak pegi gunung belumut esok. mandi manda. da lama duduk bilik study je. pecah kepala. tapi kena naik kete taiko lah. bole ke?"

"ok" aku jawab ringkas sambil menamatkan panggilan.

lama jugak aku tak pergi air terjun ni. sekali sekala pergi seronok juga aku rasa. bole jugak bau udara segar. tak de la nak bau asap asap tercemar je.

pagi pagi lagi pukul 8 aku sampai depan kediaman kawan kawan. aku tengok Bob masih bertuala. memang aku hangin dengan budak lambat ni. lantas dengan selamba aku 'flying kick' Bob dari belakang lalu die jatuh tersungkur. tuala yang dia pakai pun hampir terlucut. dia bangun sambil mengelap air mata dan mebersihkan hidung dia yang berdarah. jangkaan aku seminggu baru darah dari idung Bob berenti keluar.

"semua barang da bole letak dalam bonet. gitar jangan lupa", aku berkata dengan tenang sambil memakai Rayband dan kedua dua tangan aku di dalam kocek seluar jeans.

                                      
  sebelum aku sampai diorang berani lagi bergambar



                                                    
          sesi perbincangan sebelum bertolak


"sampai sana nanti jaga tingkah laku. jangan bising bising. kita pergi ni dengan satu matlamat untuk mandi pagi.paham semua!?", aku berteriak.

"paham abang!!....", semua sekali menyahut sambil menabik ke arah aku.

kami bertolak tepat jam sembilan pagi. suasana riang sekali. da lama tak rasa macam ni. teringat masa kecik kecik teruja bila nak pergi jalan jalan. hahah. jalan pagi tu agak lengang dan aku sampai di persimpangan masuk Gunung Berlumat agak cepat. kami berhenti bersarapan.



                                                                
  warung RARE!




warung ni memang RARE sebab makanan di buat dengan kasih sayang ibu bapa untuk anak anak. makan sikit je tapi da kenyang. dari penceritaan pemilik warung ni kepada kami dapat aku simpulkan kasih sayang ibu bapa tak berbelah bahagi. tinggal kesedaran dalam diri anak anak untuk menghargai mereka seadanya. aku sedikit insaf.

kami meneruskan perjalanan untuk memenuhi objektif kami kesana. dengan perasaan sedikit teruja aku terbabas ke dalam ladang kelapa sawit. bukan salah aku. tapi anak panah tu tak betul. aku rilek walaupun di cemuh. selang sepuluh minit kami sampai akhirnya.











Eezam buat muka comel

setelah penat mandi, kami bersiap sedia untuk pulang. sebelum tu kami bersihkan diri dahulu sebelum menuju kerumah Eezam untuk makan tengah hari. siap kemas kemas barang kami turun ke bawah untuk pergi ke tandas. aku malas nak amek pot sebab panas sangat bila da sampai bawah. aku duduk je kat kerusi.

tiba tiba aku terpandang pacat sedang 'utik utik' kepanasan. darah banyak jugak aku tengok die isap.

"kaki sapa lah die gigit", sapa aku dalam hati aku yang suci.

aku rasa macam nak amik pot dan aku amati lingkaran darah dari pacat tersebut. rupa rupanya kaki aku yang di gigit. aku menjadi tidak keruan bila kaki aku tak berhenti keluar darah. aku basuh untuk mengelakkan kuman jahat masuk dalam darah aku. tapi darah tak berenti juga.

"malas nak amek pot"' bisik aku dalam hati sambil aku melihat Bob pijak pacat yang gigit aku tadi tanpa tertinggal satu zarah pon.

kami meneruskan perjalanan ke rumah Eezam di Kuarters Penjara Kluang. Setibanya di depan pintu keselamatan kuarters, kami di sapa pasukan keselamatan sambil mengacukan pumpgun ke arah kami.

"nak kemana dik?"

"kami nak masuk dalam nak makan tengah hari kat rumah kawan boleh tak celaka?", aku menjawab sambil tangan aku di dagu tanda bersahaja.

"lama tak?", tanya pengawal tadi seperti soalan bodoh aku rasa. kalau nak makan dia sendiri pandai estimate masa nak makan macam tak pena makan je lahanat.

aku tak amik pot lantas aku menekan minyak sambil tayar berasap asap. ada sedikit bunyi geseran dan aku sedikit bangga. bila lihat cermin belakang pengawal itu tidak kejar kami tanda dia setuju dengan perilaku aku. kami terus ke rumah Eezam untuk menjamu selera. sangat menyelerakan aku rasa juadah yang di sajikan kredit untuk mak dia.

setelah hampir pukul 3 petang, kami bertolak pulang. aku masih rasa tertekan dengan perilaku pengawal keselamatan tadi kat aku. aku ingin buat sesuatu tapi aku pendamkan.

"terima kasih daun keladi!!", aku cuma berteriak kegirangan di hadapan post pengawal penjara lalu aku memecut laju pergi. Fullstop.






Semangat Aku di ambang Tahun Baru


tahun baru aku cemari dengan melepak di warung mamak sambil aku menyusun strategi aku untuk tahun ni. dan aku dengan secara rasmi nya mengumumkan bahawa azam aku di tahun ini adalah untuk Berdiri Di Kaki Sendiri. yeeeeeha! buang masa aku nak tulis panjang panjang bukan ada orang nak baca pon.


                   Gambar hiasan (pic pertama yg gua google 'berdiri di kaki sendiri' )