aku ingin terbang


suatu hari aku dalam perjalanan ke kuala lumpur, aku duduk dalam bas dan bersebelahan aku ada seorang pak cik tua juga dalam perjalanan ke destinasi sama. pak cik itu bertanya,

"adik nak ke mana?"

jawab aku,
"kl pak cik, saya nak pergi interview untuk MAS academy, saya dah tension belajar kat matrik. kalau ada tempat lagi bagus memang saya nak keluar"

pak cik tu jawab,
"kenapa macam tu dik. matrik tu bagus. umur muda-muda macam kamu ni dah pegang ijazah umur 23 ke 24. kalau kamu masuk MAS tu just dapat kemahiran je dik. nanti kamu abes degree kamu mintak lah keje kerajaan. Jadi PTD ke. gaji besar juga tu. dulu pak cik kalau tak pikir pendek mesti pak cik dah jadi macam kawan-kawan pak cik yang terus sampai degree. tapi pak cik cuma ada spm je. tu yang gaji tak seberapa"

aku jawab ringkas,
"pak cik kerja apa?"

jawabnya,
"keja kuli je dik. pak cik jadi pegawai kastam kat JB. gaji pon cukup makan je"

aku balas,
"pak cik ada lah juga keja. kerjaya. anak-anak. cukup lah saya tengok pak cik ni. macam saya ni asyik mintak mak duit je"

pak cik tu jawab,
"memang lah dik. pak cik da tua. awak tu muda lagi. pejalanan masih jauh. buat apa nak keja awal2 kalau ada peluang nak belajar depan mata. kalau awak teruskan study awak dengan betul, umur2 awak macam pak cik ni dapat lah merasa pakai kereta BMW, xde la nak pakai wira je"

"betol juga tu" jawab aku.
                          
                                                                      
     
                            terbang bebas


aku meneruskan perbualan dgn pak cik tu sepanjang perjalanan aku ke KL. dia banyak cerita yang aku dapat simpulkan hidup ini bukan mudah. kejayaan bukan dapat kita capai dalam masa yang singkat. walau apa rintangan, hadapilah benda itu sebagai pengajaran kita di hari kelak. walau kat mana kita berada pasti ada cabaran. tinggal kita nak hadapinya dengan kuat supaya kita tidak rebah.

lepas aku pikir masak semasak masaknya, aku teruskan la juga matrik tu event macam tak pena blaja langsung kat matrik tu sebab aku memang seorang yang pemalas. then akhirnya dapat la pointer yang xsebarapa. dapat sambung degree pon dah ok lah nak buat sedap hati.

dan sekarang, aku bangun dan terus bangun sebab aku dah jatuh untuk beberapa tahun sedangkan aku penah berdiri teguh suatu masa dahulu. masa akan datang adalah usaha aku pada hari ini. Moga penyudahnya berada dalam keadaan gembira dan di rahmati Tuhan yang esa :)

kagum dan terus kagum


aku suka pergi bersiar-siar ke tempat orang bukan nak berjalan ke atau nak meronggeng ke tapi sebab aku suka melihat perwatakan manusia yang bermacam-macam. walaupun umur aku baru setahun jagung tapi aku rasa macam dah ramai sangat orang aku jumpa (statement riak). ada aku jumpa gay, bekas banduan, mak nyah, imam, dsb. tapi dalam ramai-ramai orang yang aku jumpa, aku kagum dengan seorang budak lelaki ini. sekali pandang memang menyampah. macam nak terajang pun ada. dengar suara dia pun dah naik bosan tapi bila dia start cerita pasal diri dia, aku sangat tertarik. cara percakapannya tersusun dan aku senang nak faham dan yang penting sekali gaya dia memang seorang yang berdedikasi yang tinggi (macam aku.haha)
     kehidupan dia memang susah dan parents dia tak mampu nak tanggung. nak dipendekkan cerita, dia jual nasi lemak kat sekolah dia dahulu sebab nak bantu keluarga. mula-mula dia jual sikit je tapi bila dapat sambutan, dia menambahkan bilangan jualan lebih banyak (marketing plan yg bagus). tapi, dia ni selalu kena buli kat sekolah, kena ejek, kena maki once sampai satu tahap tu dia cerita sampai aku dah tak tahan nak nangis ni tapi aku tahan jela, nasi lemak yang dia nak jual tu kena lempar dengan gengster2 hingusan sekolah dia. memang time tu aku tenga nangis dalam hati lah. da lah dia org susah, budak bangang tuh buli dia lagi apa ke bangang punya budak hingusan. budak yang jual nasi lemak tu sabar je sampai satu masa memang dia dah tempered gila dia pegi mereportkan diri dia kat cikgu disiplin (dalam ati aku repot awal2 kan bagus) walaupun  dia salah juga jual nasi lemak dalam sekolah. bila cikgu dia dengar je, hati seorang guru turut simpati macam aku. apa lagi, dengan lantas cikgu tu bawak rotan sambil berlari ke pembuli-pembuli hingusan tu dengan penuh amarah sekali. nak di pendekkan cerita budak2 tu pon kena tidakan disiplin. bila cerita tu sampai je kat pengetua, hatinya turut tersentuh lalu dia membenarkan budak yang kena buli tadi jual nasi lemak dalam sekolah tanpa mengabaikan pelajaran. penamatnya juga cukup menarik bila dia jadi salah seorang pelajar cemerlang sekolah. macam cerita drama.

   
     dont judge a book by its cover
          
      
      moral of the story yang aku nak sampaikan kat sini, paras rupa bukan sesuatu yang utama. spiritual tu lebih penting. kita tengok muka budak tu macam gengstar je jangan lah cop dia budak jahat ke. atau tengok seseorang tu merokok ke dah anggap dia xbest lah senang cerita. yang ada di dalam tuan punya badan je yang tau siapa dia. akhir tapi tak kurang,jangan menilai buku dari kulitnya tapi dari isinya dan bukan bentuk tubuhnya:)

kelebihan merokok


Masa kelas pengucapan awam yang lepas, aku kena bentang slide kat depan dalam masa 10minit. then, aku dengan penuh bergaya pilih tajuk kelebihan merokok. antara kelebihannya:

-merokok meningkatkan pemprosesan maklumat melalui kandungan nikotinnya
-hypertension adalah kurang di kalangan smoker
-sel-sel darah merah dalam badan smoker lebih banyak glutathione. glutathione ni sangat penting dalam proses detoksifikasi
-merokok boleh membantu dalam pencernaan makanan


aku mula-mula memang tak percaya tapi bila pikir-pikir balik, tak kan lah dalam 4000 ribu chemical dalam rokok semua tuh bahaya untuk manusia. dapat aku simpulkan kat sini, dalam setiap benda yang tidak baik itu pasti tersembunyi kebaikan:)

teruja dan terus teruja!


Teringat masa aku kecik-kecik dulu, pagi-pagi bangun mandi nak pergi sekolah.pukul 6.30 pg dah siap-siap dah nak pergi sekolah (sekarang memang haram). balik sekolah pagi dalam tengah hari tuh lepak-lepak makan-makan siap nak pergi sekolah agama pulak. balik sekolah agama tukar baju naik basikal pergi pulak rumah membe buat aktiviti yang ntah pape. sebelum maghrib dah kena balik rumah nanti kena sorok dengan bunian. sampai rumah mandi lepas tu pergi pulak mengaji kat rumah orang.memang seronok lah masa tuh. 
         Bila saat dah berlalu, semuanya tinggal kenangan. yang tinggal hanyalah harapan dan keinginan. pokok manggis depan rumah aku tempat bermain masa kecik-kecik pon dah mati kena panah petir. parit tempat aku terjun dulu pon dah kering. kubur anak ayam yang aku sembelih dulu kecik-kecik dulu pon dah tak nampak bayang. memang itulah yang dikatakan lumrah kehidupan. setiap yang ada pasti akan pergi meninggalkan kita. hargailah apa yang ada sekarang kerana tak mungkin masa boleh di putar kembali.




          


          Bila dah besar sikit ni aku pelik lah juga kenapa masa kat sekolah dulu cikgu tak ajar apa yang perlu je untuk aku keje nanti. kan senang tak payah susah-susah nak belajar organic chemistry dan bioslogos yang ntah pape. kalau memang tak suka memang spoil lah. kelas kompem tak masuk. lab selalu je escape. but then jawapan nya memang senang. dah memang kau duduk Malaysia ikut jela undang-undang. kerajaan suruh ni kau buat jela kan senang. Harga rokok naik diam jela. keluar je duit nak bising buat ape.haha.BODOH! memang sentiasa di control dan tak ada ruang nak suara pendapat. tapi akhirnya, bila fikir-fikir kembali memang aku tiada kuasa. Cakap apa pun tak guna jugak dan buat penat aku menaip benda alah ni.

        

         Apa yang aku harapkan dalam dunia ni bukan nak jadi kaya ke, dapat keputusan cemerlang ke, menang loteri ke, tapi aku nak cari ketenangan. pada aku bila hidup ni tenang memang semua benda lah jadi. event kalau tayar motor bocor kat parit daun dalam gelap-gelap sambil nak hujan pon boleh rilex je. memang lah dalam hidup ni confirm masalah akan datang. tinggal kita je lah yang nk settle kn masalah tuh. pada aku, bila semua masalah tuh datang, kalau dah tak boleh nak settle masalah tu, kita kembali lah ke pangkal nya. mungkin terlalai sebentar dan masalah tu nak buat kita sedar bahawa dunia bukan segala-galanya. akhirat jua selama-lamanya :) fullstop