memandu


normal la bagi setiap pemandu yang tak tau secara langsung atau dia tak biasa dengan jalan yang dia lalu, dia akan sesat dengan bahasa mudah dia akan bertemu dengan jalan yang salah dulu sebelum dia jumpa destinasi yang dia tuju. secara realiti nya, aku pon kerap kali lalu jalan yang salah. kadang masuk 'kandang kambing' tak pon masuk 'pusat ternakan ayam berhawa dingin'. kadang kadang tu memang aku sendiri pon tak sedar yang aku dah masuk jalan yang salah sebab aku ni seorang manusia yang memang sangat tinggi keegoannya. sampai kan tu kadang kala aku tak sedar yang dunia ni hanya sementara. mungkin itu keadaan biasa bagi seorang yang tersesat, 'blur' dan 'bengong' atau seumpama nya.

          kenapa perlu begitu? sedangkan pada suatu ketika, kita pernah berada di pemanduan yang betul. aku pon tak tau lah. apa yang aku baru sedar bila dah salah jalan tu kembali lah ke permulaan jalan. Back To Basic orang jawa cakap. once bila kita dah 'on the right track', memang akan menyesal. tapi tak pe jadikan kesesatan itu pengajaran. pengajaran dalam pemanduan aku rasa penting. sebab bila dah rasa susah nya, aku tak nak berada dalam keadaan itu lagi.


                                gambar ihsan dari Google







P/S kalau tak tau jalan jangan lupa bawak peta. dan semoga tak tersesat lama lama..KAH KAH

Sofea Jane Kord


D                                  G           A         D
     Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
D

Yang tak bisa disentuh
G                    A                          Bm

Namun hanya boleh dipandang
Bb             A

Ingin sekali ku sentuh
G            A

Ingin jua ku memiliki



D                                   G        A          D
    Kau selalu membuat hatiku merasa berat
D                     G
Dan kau yang selalu ada
A                 Bm     Bb
Saat semua pergi
          A                    G
Bagaimana mungkin
                 A
Untuk kau mengerti



G       D            A
     Kini telah ku sedari

G         D           A
     Mimpiku tak bererti sendiri

Chorus



                     D
Andai kau tahu

                         F#
Apa yang ku mahu

                     B7                         B
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku

                      Em                         G
Dan aku tak bisa memaksa dirimu

                          D
Walau dalam tidur

                          A                           D
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

D                                   G        A          D
    Kau selalu membuat hatiku merasa berat

D                     G
Dan kau yang selalu ada

A                 Bm     Bb
Saat semua pergi

          A                    G
Bagaimana mungkin

                 A
Untuk kau mengerti


G       D            A
     Kini telah ku sedari
G         D           A
     Mimpiku tak bererti sendiri

ulang chorus 2x




_________________________________________________________________


kenapa aku post lagu ni beserta kord dia sekali sebab aku search kat 'Google' ada tapi tak banyak. so, aku dengan baik hati menge post kord ini untuk petikan semua. KAH KAH!


memang first time denga lagu ni aku suka walaupun aku tak suka lagu macam ni. tak tau kenapa mungkin hati aku semakin lembut. HAHA.


Dari Black Mentor, kord ikut sedap aku (tak suka tak payah main) dan untuk semua. TERIMA KASIH!

antara aku dan en. hosni


entah.aku pon tak paham. kadang-kadang ada je benda yang aku buat nak tunjuk tunjuk kat orang. confirm la da jadi tak ikhlas. lebih lagi bila benda tu ibadah, kompem lah munafik. mintak di jauhkan dari diri aku. nak kata baik ada je dosa yang aku buat tiap hari lebih lagi dunia sekarang ni.

kali ni aku memang betul betul terpaku dan terbeku dengan lontaran satu persoalan yang aku rasa agak RARe! oleh seorang budak kecil kepada aku.

"kalau diri sendiri tak betul, bole ke kita nak tegur kesalahan orang lain?"

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


 budak kecil itu yang sempat aku snap ketika dia membidas aku

aku tak tau kenapa acap kali berjumpa dengan makhluk menyerupai 'shrek'. memang die budak kecil tapi bila di fikirkan balik antara aku dengan dia tak ada beza sebab dia sama sama manusia (walaupun muka dia macam shrek). manusia yang di lahirkan kat muka bumi ini sebagai khalifah. persoalan tu buat aku tersedar sejauh mana kah tegak nya laluan kita di satu landasan yang memang betul betul tegak.

berbalik kepada tajuk aku kat atas; 'antara aku dan en. hosni'. memang aku kenal en. hosni tu sapa. tapi satu masalah dia yang tak kenal aku. beza aku dengan en hosni, aku rasa antara umur dan nama. tak semestinya perbezaan tu bila dia jumpa aku tepi jalan dia bole pijak aku. sebab aku dan dia sama sama manusia aku rasa. tak tau lah kalau dia tu syaitan bertopeng manusia.

fikir fikirkan dan selamat beramal KAH KAH KAH

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


                             'teh tarik onei', ujar en hosni

aku dan makhluk hijau


sedang aku menunggang moto ke kedai Sorlinaz di hadapan kediaman untuk membeli 'manchester', aku di sapa dengan suara yang agak aku kenali.

"hoi wan!!!"

aku serta merta toleh ke belakang dan jangkaan aku tepat. suara Zainurain (bukan nama sebenar) yang menjerit ke arah aku tadi. suaranya yang sedikit macam Ramli Ms buat aku cam suara dia. muka dia pulak tak tau aku nak explain macam mana. dia berkulit hijau.


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
gambar zainurain(bukan nama sebenar) yang sempat aku snap


bila aku amati muka zainurain ni ada sikit muka Shrek. aku ingat Rooney je yang muka macam Shrek. no wonder lah dia pon MU die hard fan (lah sangat).

berbalik kepada cerita diatas, aku menyahut sapaan zainurain tadi,

"apahal Shrek?"

"jom pegi kampus pasang poster", jawabnye dengan memikul beberapa naskhah helaian poster.

baru aku sedar sekarang sedang berlangsungnya Pilihanraya Kampus. rupa rupanya poster poster yang bergantungan semuanya usaha berkempen calon pemimpin untuk sesi kali ini. aku ingat iklan along yang biasa tertampal di kawasan umum atau iklan 'ubat kuat'. tiba tiba aku ter excited pulak dengan bahang PRK ni.

Apa itu politik? aku pon tak amek pot sangat. yang aku tau, di mana ada organisasi mesti ada kepimpinan dan setiap kepimpinan mesti ada politik. bila cerita pasal politik terlalu sensitif untuk di rungkai kan. banyak benda yang boleh di cerita dari politik dan kepimpinan. cerita situ kena banned. cerita sini kena kecam. boikot sana dan sini. (kadang kadang kot ke perasaan aku je)HAHA!

kenapa perlu macam tu? aku pun tak tau perlu ke tak perlu. yang aku pernah tau jika berbalik kepada definisi kepimpinan itu sendiri merupakan suatu jawatan atau kedudukan dalam kepimpinan yang menjalankan tugas dan amanah untuk mentadbir dan mengendalikan urusan dunia sesuai dengan syariat Allah. matlamat kepimpinan sudah di jelaskan dalam Al Quran antara nya untuk pengabdian/perhambaan kepada Allah juga di perjelaskan dalam Surah Az-zariyat ayat 56. perlu ke tak perlu? aku pun tepuk dada.


aku menyambung perbualan aku dengan zainurain tadi. 


"aku nak balik rumah kejap nak tolong mak aku parut kelapa".


lantas aku teruskan tujuan aku dengan gembira.

Kawan Dan Gunung


sedang aku makan goreng pisang sambil surya di tangan kiri, aku mendapat satu panggilan lantas aku mencapai Hp aku. Jelas tertera nama ' KMJ Zai ' terpampang dan aku mengangkat panggilan tu tanpa ragu ragu.

"haa gemok. ko nak ape celaka aku tengah makan ni lah anat ! ", jawab aku dgn tenang

"err sori wan. kacau ko. err aku ada hal sikit ni nak cakap dengan ko..." zai menjawab dengan suara nada terketar ketar. aku agak dia sikit takut bila aku tengking dia tadi. mungkin gak dia teringat masa aku cucuh perut dia dengan bara dulu pasal tak dengar cakap aku.

"apehal!?", aku turunkan nada sedikit

"tak de taiko, budak budak ajak pegi gunung belumut esok. mandi manda. da lama duduk bilik study je. pecah kepala. tapi kena naik kete taiko lah. bole ke?"

"ok" aku jawab ringkas sambil menamatkan panggilan.

lama jugak aku tak pergi air terjun ni. sekali sekala pergi seronok juga aku rasa. bole jugak bau udara segar. tak de la nak bau asap asap tercemar je.

pagi pagi lagi pukul 8 aku sampai depan kediaman kawan kawan. aku tengok Bob masih bertuala. memang aku hangin dengan budak lambat ni. lantas dengan selamba aku 'flying kick' Bob dari belakang lalu die jatuh tersungkur. tuala yang dia pakai pun hampir terlucut. dia bangun sambil mengelap air mata dan mebersihkan hidung dia yang berdarah. jangkaan aku seminggu baru darah dari idung Bob berenti keluar.

"semua barang da bole letak dalam bonet. gitar jangan lupa", aku berkata dengan tenang sambil memakai Rayband dan kedua dua tangan aku di dalam kocek seluar jeans.

                                      
  sebelum aku sampai diorang berani lagi bergambar



                                                    
          sesi perbincangan sebelum bertolak


"sampai sana nanti jaga tingkah laku. jangan bising bising. kita pergi ni dengan satu matlamat untuk mandi pagi.paham semua!?", aku berteriak.

"paham abang!!....", semua sekali menyahut sambil menabik ke arah aku.

kami bertolak tepat jam sembilan pagi. suasana riang sekali. da lama tak rasa macam ni. teringat masa kecik kecik teruja bila nak pergi jalan jalan. hahah. jalan pagi tu agak lengang dan aku sampai di persimpangan masuk Gunung Berlumat agak cepat. kami berhenti bersarapan.



                                                                
  warung RARE!




warung ni memang RARE sebab makanan di buat dengan kasih sayang ibu bapa untuk anak anak. makan sikit je tapi da kenyang. dari penceritaan pemilik warung ni kepada kami dapat aku simpulkan kasih sayang ibu bapa tak berbelah bahagi. tinggal kesedaran dalam diri anak anak untuk menghargai mereka seadanya. aku sedikit insaf.

kami meneruskan perjalanan untuk memenuhi objektif kami kesana. dengan perasaan sedikit teruja aku terbabas ke dalam ladang kelapa sawit. bukan salah aku. tapi anak panah tu tak betul. aku rilek walaupun di cemuh. selang sepuluh minit kami sampai akhirnya.











Eezam buat muka comel

setelah penat mandi, kami bersiap sedia untuk pulang. sebelum tu kami bersihkan diri dahulu sebelum menuju kerumah Eezam untuk makan tengah hari. siap kemas kemas barang kami turun ke bawah untuk pergi ke tandas. aku malas nak amek pot sebab panas sangat bila da sampai bawah. aku duduk je kat kerusi.

tiba tiba aku terpandang pacat sedang 'utik utik' kepanasan. darah banyak jugak aku tengok die isap.

"kaki sapa lah die gigit", sapa aku dalam hati aku yang suci.

aku rasa macam nak amik pot dan aku amati lingkaran darah dari pacat tersebut. rupa rupanya kaki aku yang di gigit. aku menjadi tidak keruan bila kaki aku tak berhenti keluar darah. aku basuh untuk mengelakkan kuman jahat masuk dalam darah aku. tapi darah tak berenti juga.

"malas nak amek pot"' bisik aku dalam hati sambil aku melihat Bob pijak pacat yang gigit aku tadi tanpa tertinggal satu zarah pon.

kami meneruskan perjalanan ke rumah Eezam di Kuarters Penjara Kluang. Setibanya di depan pintu keselamatan kuarters, kami di sapa pasukan keselamatan sambil mengacukan pumpgun ke arah kami.

"nak kemana dik?"

"kami nak masuk dalam nak makan tengah hari kat rumah kawan boleh tak celaka?", aku menjawab sambil tangan aku di dagu tanda bersahaja.

"lama tak?", tanya pengawal tadi seperti soalan bodoh aku rasa. kalau nak makan dia sendiri pandai estimate masa nak makan macam tak pena makan je lahanat.

aku tak amik pot lantas aku menekan minyak sambil tayar berasap asap. ada sedikit bunyi geseran dan aku sedikit bangga. bila lihat cermin belakang pengawal itu tidak kejar kami tanda dia setuju dengan perilaku aku. kami terus ke rumah Eezam untuk menjamu selera. sangat menyelerakan aku rasa juadah yang di sajikan kredit untuk mak dia.

setelah hampir pukul 3 petang, kami bertolak pulang. aku masih rasa tertekan dengan perilaku pengawal keselamatan tadi kat aku. aku ingin buat sesuatu tapi aku pendamkan.

"terima kasih daun keladi!!", aku cuma berteriak kegirangan di hadapan post pengawal penjara lalu aku memecut laju pergi. Fullstop.