teruja dan terus teruja!


Teringat masa aku kecik-kecik dulu, pagi-pagi bangun mandi nak pergi sekolah.pukul 6.30 pg dah siap-siap dah nak pergi sekolah (sekarang memang haram). balik sekolah pagi dalam tengah hari tuh lepak-lepak makan-makan siap nak pergi sekolah agama pulak. balik sekolah agama tukar baju naik basikal pergi pulak rumah membe buat aktiviti yang ntah pape. sebelum maghrib dah kena balik rumah nanti kena sorok dengan bunian. sampai rumah mandi lepas tu pergi pulak mengaji kat rumah orang.memang seronok lah masa tuh. 
         Bila saat dah berlalu, semuanya tinggal kenangan. yang tinggal hanyalah harapan dan keinginan. pokok manggis depan rumah aku tempat bermain masa kecik-kecik pon dah mati kena panah petir. parit tempat aku terjun dulu pon dah kering. kubur anak ayam yang aku sembelih dulu kecik-kecik dulu pon dah tak nampak bayang. memang itulah yang dikatakan lumrah kehidupan. setiap yang ada pasti akan pergi meninggalkan kita. hargailah apa yang ada sekarang kerana tak mungkin masa boleh di putar kembali.




          


          Bila dah besar sikit ni aku pelik lah juga kenapa masa kat sekolah dulu cikgu tak ajar apa yang perlu je untuk aku keje nanti. kan senang tak payah susah-susah nak belajar organic chemistry dan bioslogos yang ntah pape. kalau memang tak suka memang spoil lah. kelas kompem tak masuk. lab selalu je escape. but then jawapan nya memang senang. dah memang kau duduk Malaysia ikut jela undang-undang. kerajaan suruh ni kau buat jela kan senang. Harga rokok naik diam jela. keluar je duit nak bising buat ape.haha.BODOH! memang sentiasa di control dan tak ada ruang nak suara pendapat. tapi akhirnya, bila fikir-fikir kembali memang aku tiada kuasa. Cakap apa pun tak guna jugak dan buat penat aku menaip benda alah ni.

        

         Apa yang aku harapkan dalam dunia ni bukan nak jadi kaya ke, dapat keputusan cemerlang ke, menang loteri ke, tapi aku nak cari ketenangan. pada aku bila hidup ni tenang memang semua benda lah jadi. event kalau tayar motor bocor kat parit daun dalam gelap-gelap sambil nak hujan pon boleh rilex je. memang lah dalam hidup ni confirm masalah akan datang. tinggal kita je lah yang nk settle kn masalah tuh. pada aku, bila semua masalah tuh datang, kalau dah tak boleh nak settle masalah tu, kita kembali lah ke pangkal nya. mungkin terlalai sebentar dan masalah tu nak buat kita sedar bahawa dunia bukan segala-galanya. akhirat jua selama-lamanya :) fullstop

0 Response to teruja dan terus teruja!

Post a Comment